Fahami dialisis peritoneal dengan mudah

Gaya Hidup
Typography

BUAH pinggang merupakan organ vital yang sangat penting. Fungsi buah pinggang ialah sebagai organ perkumuhan iaitu urea dan creatinine, mengawal kuantiti cecair dalam badan, mengawal tekanan darah, membantu penghasilan sel darah merah dan memastikan kualiti tulang dalam keadaan baik. 

HAKIMBesar sungguh kepentingannya, kan. Bila buah pinggang mengalami kerosakan atau kemerosotan, ada beberapa simptom klinikal yang mungkin dialami oleh pesakit iaitu;

1. Pucat dan keletihan
2. Ketidakselesaan akibat toksin dalam badan
3. Pembengkakan anggota akibat cecair berlebihan
4. Hilang selera makan, loya dan ketidakselesaan deria rasa (bad taste in mouth)

Penyakit buah pinggang boleh dibahagikan kepada lima tahap yang boleh diukur melalui bacaan eGFR. Tahap tiga dan empat ialah tahap pradialisis. Manakala tahap lima ialah tahap kerosakan “total” buah pinggang atau dipanggil kerosakan buah pinggang tahap akhir (ESRD).

Tahukah anda bahawa statistik pesakit buah pinggang yang berada di tahap lima ini dilaporkan meningkat berkali ganda dalam tempoh 10 tahun? Tahukah anda bahawa lebih 50 peratus kegagalan buah pinggang disebabkan oleh penyakit kencing manis?

Ada jenis rawatan terapi untuk pesakit ESRD iaitu transplan and dialisis. Transplan ialah suatu proses melibatkan pendermaan dan penerimaan buah pinggang yang bersesuaian. Penerima pula akan dimestikan mengambil ubat “immunosupressan” bagi mengelakkan berlakunya penolakan oleh sistem imun badan.

Manakala dialisis boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu dialisis darah (hemodialisis) yang dijalankan di pusat HD kerajaan atau swasta dan dialisis peritoneal (PD) iaitu proses penapisan yang menggunakan larutan peritoneal melalui membrane peritoneum (perut) di dalam badan. Toksin dan cecair berlebihan akan ditapis oleh larutan PD dan setelah itu akan dialir keluar oleh kateter yang dipasang secara kekal.

Ada dua jenis PD iaitu Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Automated Peritoneal Dialysis (APD). CAPD akan dilakukan oleh pesakit secara kendiri di rumah sebanyak empat kali sehari. Proses “drainage waste” dan “fill in solution” akan mengambil masa lebih kurang 30 minit dan proses penapisan atau “filtration” akan berlaku sekitar empat hingga enam jam. Manakala APD pula dijalankan selama 8 hingga 10 jam pada waktu malam oleh mesin PD.

Proses “drainage waste”, “fill in” dan penapisan berlaku semasa pesakit sedang tidur. Pesakit yang menjalani APD disarankan waktu dan tempoh tidur yang cukup dan seragam setiap hari. APD turut dikenali sebagai CCPD.
Sesetengah pesakit ESRD disarankan menjalani PD kerana beberapa manfaatnya seperti?

1. Pesakit lebih bebas menyusun aktiviti sendiri tanpa keterikatan jadual ke pusat dialisis
2. Pesakit lebih berkelebihan menyusun aktiviti dengan lebih aktif
3. Kawalan pemakanan dan cecair lebih fleksibel berbanding pesakit yang menjalani HD
4. Tiada jarum yang digunakan untuk terapi PD

Mungkin bagi sesetengah orang, dialisis peritoneal agak jarang kedengaran berbanding hemodialisis. Namun, dengan kewujudan Pusat HD yang agak terbatas, saya melihat PD akan menjadi suatu pilihan yang mungkin lebih bersesuaian bagi sebilangan pesakit ESRD. Dari segi kawalan pemakanan, ada beberapa kelonggaran yang dimiliki oleh pesakit PD berbanding pesakit HD.

Anda ingin tahu? - HARAKAHDAILY 14/2/2019

Penulis ialah Pegawai Dietetik Universiti Sains Malaysia.