Masita tegar berjuang melalui kerja kebajikan

Gaya Hidup
Typography
DI MANA sahaja kerja kebajikan di Negeri Sembilan, kelibat Kak Masita Mohamed Ali pasti ada. Tidak kira bangsa dan keturunan, Masita menghampiri mereka.
 
Ke mana sahaja, panji Islam dibawa dengan wadah kebajikan. Ini kelebihan yang ada pada Masita. Melalui Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Rembau ataupun menerusi Amalnita Negeri Sembilan, dia tetap membantu dan menjadi peneraju kerja kebajikan.
 
Pernah suatu ketika, dia dan suami memikul beras naik ke rumah pangsa bagi memberi bantuan kepada keluarga asnaf yang memerlukan di Dun Paroi. Tangga tinggi ke tingkat empat baginya bukan penghalang dalam membantu asnaf.
 
Dalam usia 55 tahun, Masita yang juga Pengerusi Amalnita Negeri Sembilan gigih berjuang membawa obor kebajikan PAS kepada seluruh masyarakat yang memerlukan.
 
Miliki sifat pendiam tetapi tidak lokek dengan senyuman, bekas Penolong Eksekutif Pemasaran Telekom Malaysia ini menjadi ikon dalam kalangan sahabat muslimat di Negeri Adat Perpatih ini.
 
 
(ikuti kisah lanjut personaliti ini di Harakah cetak terbaru edisi Isnin nanti)  HARAKAHDAILY 26/1/2018