PAS Kedah tampil 70 peratus calon baru

Gaya Hidup
Typography

ALOR SETAR: Misi PAS Kedah untuk kembali mentadbir negeri itu dimantapkan dengan cadangan menampil 70 peratus muka baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak lama lagi.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, muka baru termasuk dalam kalangan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan calon-calon bukan Islam yang akan bertanding menggunakan lambang PAS.

Di samping itu menurutnya, PAS Kedah komited mengekalkan muka-muka lama untuk terus bertanding.

“Calon-calon tersebut akan diletakkan di Dun-Dun mengikut strategi yang telah disusun dan dibincang bersama PAS Pusat.

“Pemimpin yang telah melompat parti atau dilihat kedudukannya goyang tidak berpendirian juga akan digugurkan," katanya di sini.

Baru-baru ini PAS Kedah mengumumkan kesediaan bertanding di semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen pada PRU14.

Dr Ahmad juga berkata, PAS tidak kepupusan ahli-ahli yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon PRU kali ini.

( ikuti wawancara khas bersama Pesuruhjaya PAS Kedah di Harakah edisi cetak keluaran akan datang) HARAKAHDAILY 25/1/2018