Kekalkan Hulu Langat bersama PAS

Gaya Hidup
Typography

DR Nik Rahim Nik Wajis Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM menulis dalam SH:

Dalam Islam, isu kepimpinan adalah isu yang besar dan serius. Kerana kepimpinan yang baik akan membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim akan membawa porak-peranda kepada negara.

Firman ALLAH SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan ALLAH akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Shaad ayat 26.)

Di dalam Islam, telah digariskan ciri-ciri kepimpinan yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah 'Al Qawiyul Amin' atau kuat dan amanah. Ini dijelaskan oleh ALLAH di dalam Surah Al-Qasas ayat 26 yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.”

Kuat bermaksud mempunyai kemampuan untuk mentadbir dari sudut fizikal dan kesihatannya, kemampuan berfikir dan me-nyelesaikan permasalahan, mem-punyai daya kreativiti yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan melaksanakan keadi-lan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Saya terbaca posting FB YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen PAS Hulu Langat dan melihat gambar di bawah.

Beruntunglah rakyat di Hulu Langat punya Dr Che Rosli sebagai wakil mereka.

Beliau seorang pakar sains nuklear. Satu- satunya ahli Parlimen Malaysia yang punya kepakaran sedemikian.

Bukan sekadar seorang profesional Dr Che Rosli turut boleh menyampaikan khutbah Jumaat, memberi tazkirah dan mengimamkan solat setta solat jenazah dan memimpin tahlil.

Kombinasi profesional dan ulamak dengan akhlak dan keperibadian yang sangat disenangi rakyat dan pengundi tempatan.

Apa lagi yang rakyat Hulu Langat mahu cari?

Jangan bazirkan undi anda dengan mengangkat mereka yang pincang dan tempang apalagi terpalit dengan pelbagai masalah moral.

Nasib dan masa depan kita insyallah selamat kiranya yang diangkat nanti adalah wakil yang berkualiti umpama Dr Che Rosli.

Kekal Parlimen Hulu Langat bersama PAS. – HARAKAHDAILY 25/1/2018