Konvoi Anak Muda Mersing promosi gaya hidup sihat

Gaya Hidup
Typography
ENDAU: Persatuan Kebajikan Mersing Cakna telah mengadakan Konvoi Motor Anak Muda merentas perjalanan sejauh 45 kilometer melalui jalan pantai Endau ke Mersing, bermula di hadapan Wisma Chan, di sini hari ini.
 
Konvoi yang mendedahkan para pesertanya mengenai aspek keselamatan jalan raya dan pencegahan dadah itu diadakan dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing dan Polis Trafik.
 
Majlis perasmian dan pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Cakna Mersing, Roslan Nikmat dan dihadiri sama Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Mersing, A Rahman A Hamid, di mana konvoi yang diiringi pasukan Motard Motor Club (MMC) itu berakhir di Harbour Center, Mersing.
 
Para peserta seterusnya mengikuti sesi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Trafik, sebelum solat Zohor berjamaah di Masjid Daerah Mersing.
 
Selain Polis Trafik, JPJ, AADK dan MMC, turut menjayakan program ialah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan Alternative Riding Club (ARC).
 
Bagi menggiatkan usaha kebajikan dan sosial NGO tersebut, orang ramai dipelawa menyokong dengan sumbangan menerusi akaun Bank Islam 01096010024054 atau hubungi Bendaharinya, Yunos Othman (012-766 3002). - HARAKAHDAILY 21/1/2018