Sertai PAS untuk bantu perjuangan Islam

Gaya Hidup
Typography
"ABANG Radhi selalu baca tulisan doktor. Dengar doktor mai sini, Bang Radhi datang nak jumpa," lembut sekali tutur kata bekas kapten bola Hijau Kuning dan bekas pemain kebangsaan, Radhi Mat Din ketika pertama kali bersua. 
 
"Bang Radhi bangga tengok kesungguhan sahabat-sahabat berjuang. Bang Radhi sendiri baru nak belajar buka buku politik. Doakan semoga Bang Radhi istiqamah," pintanya lagi.
 
Sempat dia mengimbas kepada saya kenangan ketika kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Ustaz Azizan kata, "Radhi! Hang kena tolong kami. Bukan semua orang pandai main bola macam hang. Tak kan nak harap aku urus pasukan bola..."
 
"Sebenarnya bang Radhi dah lama PAS. Dari zaman main bola dulu lagi Bang Radhi dah PAS," akui Abang Radhi lagi.
 
Nampak dari segi usia macam 40 an. Sebenarnya Abang Radhi dah 53  tahun tapi still maintain.
 
DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 18/1/2018