Sekali pandang seperti tokong Cina

Gaya Hidup
Typography

RANTAU PANJANG: Menaranya boleh dilihat dari jauh. Di bahagian atas menara kelihatan seperti lilitan serban.

Sekali pandang rekabentuk masjid seperti tokong Cina. Bumbungnya melengkong dihiasai warna merah. Bumbung pula genting berwarna hijau.

Ia dijelma hasil idea arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memperlihatkan pelbagai budaya yang terdapat di Kelantan.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau dikenali juga Masjid Beijing turut mengadunkan warna kelabu, putih, kuning dan biru muda.

Sebahagian besar bahan binaan dibawa dari China. Kedudukan di laluan utama ke kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang dan pintu masuk ke negara jiran.

Masjid Beijing dibina pada 12 September 2005 melibatkan kos sebanyak RM8.8 juta. Perasmian disempurnakan Sultan Muhammad V pada Ogos 2009. - HARAKAHDAILY 26/3/2019

TULISAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT INI.

M1 2