GST: Malangnya kita punya k'jaan pemalas, kata Mahfuz

HARAKAHDAILY | 31 Oktober 2014

IMAGE

BELIAU mengulas desakan Tan Sri Tengku Razaleigh semalam yang menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan GST kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

The 10th Khazanah Megatrend Forum and Budget 2015 – A Disconnect?

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS Research Centre | 31 Oktober 2014

Granted, as someone who helms an Opposition party think-tank, I was indeed privileged to be invited to attend the 10th Khazanah Megatrend Forum (KMF) last month. I have no qualms to admit that the...

2013 disambut suram di Terengganu

.



Tahun baru 2013 membuka tirai dengan berlakunya banjir besar di negeri Terengganu.

Rakyat dikejutkan dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said , bahawa sebahagian dari benteng Empangan Paya Peda yang terletak di Besut dan masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Tindakan itu telah menyebabkan kawasan sekitarnya dilanda banjir besar yang menenggelamkan banyak kampung.

Himpunan meraikan kedatangan detik tahun baru 2013 pula terpaksa diadakan secara kecil-kecilan akibat hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu.

Namun, yang lebih penting adalah tahun 2013 ini juga membuka tirai bagi menilai kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri besar Datuk Sri  Ahmad Said sepanjang beliau mentadbir negeri ini.

Seluruh rakyat termasuk di Terengganu kini tertunggu-tunggu untuk melakukan perubahan besar di negari ‘Darul Iman’ ini menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan negeri  terus menerus berbelanja mewah dengan bajet melebihi RM2 bilion setiap tahun.

Malah sepanjang sepenggal beliau menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM10 bilion. Persoalannya untuk apa dan untuk siapa?

Rakyat negeri ‘penyu bertelur’ ini pula pada umumnya terus berhadapan dengan kesempitan hidup dan kemiskinan yang amat ketara.

Bebanan kenaikan harga barang keperluan harian dan peningkatan kos hidup cukup-cukup memeritkan golongan miskin di di seluruh negeri.

Namun  kepimpinan yang sedang mentadbir negeri ‘Kuwait Malaysia’ ini  terus bersikap angkuh dalam mereka berhadapan dengan kesusahan rakyat sehinggakan begitu berani ‘meluluskan’ tanah-tanah yang strategik kepada anggota exco dan wakil-wakil rakyat Umno/BN.

Ya, apa relevennya perbelanjaan berbilian-bilion setiap tahun yang di belanja oleh kepimpinan Ahmad Said kepada rakyat Terengganu khususnya golongan miskin seperti petani, nelayan dan pengayuh beca?

Yang pasti mereka akan terus hidup bergantung kepada ‘wang subsidi’ dan ‘wang ehsan’ dalam kehidupan harian mereka. Mereka akan terus hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ untuk menyara kehidupan sesuap nasi keluarga.

Rata-rata di kalangan rakyat adalah miskin dan terpaksa membanting keringat tulang empat kerat setiap hari bagi menampung keperluan hidup dan keluarga.

Malah lebih menyedihkan lagi, siapakah yang mahu ambil peduli apabila tanah-tanah milik orang Melayu hilang dan tergadai satu demi satu di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.

Kini tanah-tanah milik orang-orang Melayu dari kampung Tanjung, kampung Ladang sehingga ke Cabang Tiga dan Hiliran sedang menunggu giliran untuk di ratah dan di mamah oleh pelabur-pelabur yang rakus membeli tanah-tanah orang Melayu di atas nama pembangunan.

Apakah orang-orang Melayu bandar kini akan menjadi pelarian di negeri tanah tumpah darah mereka sendiri?

Siapa dapat melupakan perkampungan tradisi orang-orang Melayu di Kuala Terengganu seperti Kampung Lorong Jamil, Kampung Paya Bunga, Kampung Batas Baru dan Kampung Paya Keladi yang kini di telan ‘pembangunan’ dan kesemuanya kini hanya tinggal pada nama sahaja.

Lebih menyedihkan lagi, warisan sejarah penting masyarakat Melayu di situ yang telah bertapak sejak ratusan tahun begitu mudah terhakis begitu sahaja tanpa siapa yang ambil peduli dan tanpa sebarang pembelaan.

Rakyat juga terus terpaksa menanggung bebanan kos keruntuhan Stadium Sultan Mizan yang bernilai hampir RM300 juta, Lebuhraya LPT 2 yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2011, yang kini melambung kepada hampir RM5 bilion dari kos asal RM2.5 bilion.

Begitu juga dengan projek-projek pembaziran seperti membina Zoo di Kemaman yang menelan belanja hampir RM100 juta, pembinaan kawasan bebas cukai di Kenyir yang menelan belanja lebih RM300 juta serta pembelian stesen radio Manis FM yang bernilai hampir RM8 juta.


Harapan rakyat



Namun harapan tetap ada. Perjuangan yang menjamin keadilan, keamanan serta memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan mesti diagendakan oleh semua lapisan rakyat Terengganu.  
Dan inilah prinsip utama sebuah pemerintahan yang adil dan saksama yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat demi menyelamatkan Terengganu yang tercinta ini.

Bagi saya, tawaran terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat  kepada seluruh rakyat Terengganu menjelang pilihan raya Umum ke-13 akan datang adalah pilihan yang terbaik untuk masadepan negeri.

Tawaran mengembalikan royalti minyak yang telah dirampas pada tahun 2002 adalah soal hak dan maruah setiap rakyat Terengganu. Malahan ia akan dinaikkan dari 5% kepada 20%.

Begitu juga dengan tawaran membuka peluang pekerjaan kepada ramai kalangan anak muda Terengganu yang kini menggangur walaupun telah memperolehi ijazah dari Universiti.

Bidang kesihatan dan pendidikan percuma juga ditawarkan kepada rakyat Terengganu sekiranya mereka membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.

Ya, Cukup! Cukup sudah mandat yang rakyat Terengganu berikan kepada kepimpinan Menteri Besar dato Sri Ahmad Said ini.

Saya yakin rakyat Terengganu akan membuat pilihan yang tepat dengan melakukan perubahan besar dalam PRU akan datang.

Mereka mesti berani  menolak corak kepimpinan Ahmad Said yang terbukti terlalu lemah dan gagal untuk melakukan transformasi dan perubahan besar kepada rakyat. Selamat melangkah tahun 2013 dengan azam perubahan di negeri yang kita cintai Ganukite...


* Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS Pusat yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Twitter: syedazman