Minyak dunia turun, apa lagi alasan kerajaan

NAZRI ABDULLAH | 02 Oktober 2014

IMAGE

PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

“Help me ensure no one starves in M’sia”

Harakahdaily | 30 September 2014

A man came out from his car and took out two large plastic bags. He and his colleague brought the three of us from Harakah to a flat in Puchong. He called out a name several times and woman’s voice...

2 bulan sahaja lagi...

Tuan Ibrahim Tuan Man .

Kisah dongeng ini berlaku di Tanah Emas di Timur Tengah… di mana sebuah kerajaan telah berkuasa lebih 50 tahun.

Saya dipanggil menghadiri sebuah kursus. Lebih tepat sebenarnya saya dipaksa menghadiri satu kursus.

Kursus ini tidak lain tidak bukan untuk mencuci minda saya. Saya akan diseru membalas budi orang yang tidak pernah mengenang budi bahawa kerana saya dan keluarga sayalah daripada bapa ke atuk saya, mereka berada di kedudukan mereka hari ini.

Namun saya terpaksa hadir dengan hati memberontak.

“Negara kini dalam ambang kehancuran kerana pembangkang. Umat berpecah belah kerana ada parti ajaran sesat yang pecahkan umat. Kena pertahan kerajaan sekarang kerana mereka telah menjaga kita untuk 50 lebih tahun. Habis umat kalau kerajaan ini digantikan dengan baru. Kita kena balas budi kerajaan yang telah menjaga umat kita selama ini,” kata seorang pensyarah di kursus tersebut.

Tiada hadirin yang berani berkata apa-apa. Bersorak pun tidak, bersetuju pun tidak. Semua diam mendengar.

“Sampai bila saya harus mendiamkan diri? Apakah saya nak biarkan fitnah-fitnah ini dimasukkan dalam minda semua hadirin yang terpaksa datang kerana mangkuk nasi mereka,” bisik di hati saya.

Kemudian pensyarah itu membuka ruang untuk sesi bersoal jawab.

Tiada yang berdiri untuk bertanya.

Saya masih bergelut dengan diri sendiri, “Nak atau tak nak?” 

“Baguslah tak ada soalan. Maksudnya semua faham apa yang saya sampaikan. Bila pangkah nanti, jangan pangkah salah tahu,” kata pensyarah tersebut.

Terdengar kata-kata itu, kaki saya tertiba mendapat tenaga untuk bangun.

“Saya Zulkifli Ibrahim daripada Ringgung. Saya kurang bersetuju dengan beberapa fakta yang tuan sampaikan. Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.

"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?

"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.

"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya.”

Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?

Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?

Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.

“Jawab! Jawab! Jawab!” hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.

Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.

“Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara,” jawab pensyarah itu dengan sinis.

Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.

“Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini,” kata pensyarah itu lagi.

Saya terus berlawan.

“Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung,” jawab saya.

Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.

“Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah,” jerit hadirin.

Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.

Senyum.