Batal saja AES, sudah jadi projek 'gajah putih'

SALMIYAH HARUN | 20 Oktober 2014

IMAGE

KERAJAAN sepatutnya mengumumkan pembatalan Projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta kerana didakwa telah menjadi sebuah projek 'gajah putih'

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Submarine hunt sends Cold War chill across Baltic

AP | 21 Oktober 2014

STOCKHOLM (AP) — Sweden's biggest submarine hunt since the dying days of the Soviet Union has put countries around the Baltic Sea on edge. In a scene reminiscent of the Cold War, Swedish naval...

PRU 13 sudah boleh diadakan

Subky Abdul Latif .

DR. ABU Hassan Hasbullah, tuan punya badan kaji selidik Zentrum tidak pernah kata sebelumnya pengundi muda cenderung kepada BN. Kini katanya, pengundi muda sudah cenderung kepada BN.

Dr. Mahathir tidak pernah menggalakkan Perdana Menteri Najib mengadakan PRU 13 segera. Tunggu dulu. Kini katanya, sudah tiba waktu terbaik bagi BN mengadakan pilihan raya.

Ertinya PRU 13 sudah boleh diadakan dan inilah masa terbaiknya untuk menang semula.

Ia mengingatkan saya perkembangan semasa saya berada di London pertengahan 1970. Ramalan semua akhbar ialah masa itu waktu terbaik bagi Perdana Menteri Edward Heath dari Parti Konservatif mengadakan pilihan raya.

Sebulan kemudian saya singgah lagi di London dalam perjalanan pulang dari Amerika. England sedang sibuk kempen. Bila balik ke Malaysia, berita yang saya baca menyebut, parti Perdana Menteri Edward Heath kalah.

Itulah hakikat nujum ada yang tepat, ada yang tidak. Nujum yang  tepat ialah yang meramalkan kelahiran laki-laki yang akan membinasa kuasa Raja Namrud dan satu lagi bayi laki-laki akan menghancurkan regim Firaun, raja segala kezaliman.

Kata nujum, sekarang adalah waktu terbaik bagi kerajaan Najib untuk menang semula. Dua bulan lagi, Februari dan Mac mungkin berubah.

PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya sudah bersedia, seperti gendang perang Badar sudah dipalu atau seperti tentera Islam menghadapi  perang Hunain.

PAS dengan perjuangan sucinya menghadapi pilihan  raya dengan semangat peperangan Nabi SAW dalam jihadnya. Tetapi PRU 13 itu dihadapi PAS bersama yang 98 peratus bukan Islam dan 50 peratus PKR bukan Islam.

Macam mana PAS mahu menyamakannya dengan perang Rasulullah SAW?

Memang perang Badar disertai sepenuhnya oleh mujahiddin. Perang Uhud pula mulanya diikuti oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin  Ubai. Rasulullah tidak menghalang  penyertaan mereka. Menjelang medan perang mereka cabut lari.

Selepas pembebasan kota Makkah baginda memimpin perang Hunain. Ia diikuti sama oleh ribuan penduduk Makkah yang belum Islam. Penyertaan mereka tidak dilarang baginda.

Kafir Arab Makkah itu tidak menyertainya kerana jihad dan Islam, tetapi mahu mengelakkan musuh Islam menyerang Nabi SAW di Makkah. Jika musuh itu masuk Makkah, mereka, keluarga dan harta benda mereka akan diserang. Maka mereka menyertai tentera Islam menujui Hunain.

Dalam PRU 13 ini, PAS menyetainya dengan perjuangan Islam yang suci. DAP dengan semangat  anti rasuah dan membela golongan yang tertindas, manakala PKR pula menegakkan keadilan dan membasmi penyelewengan.

Kalau jihad Rasulullah SAW dalam perang Hunain tidak cacat dengan penyertaan kafir Makkah, maka tiada apa kurangnya  bagi perjuangan suci PAS itu dijalankan bersama dengan DAP dan bukan Melayu dalam PKR.

Dengan semangat itulah PAS menghadapi PRU 13 itu dengan DAP dan PKR untuk mara ke Putrajaya.

Pakatan Rakyat telah lama menunggu. Memang Pakatan Rakyat tidak menduga PM Najib menunggu hingga akhir penggal untuk mengadakan pilihan raya. Kalau boleh dia mahu secepat mungkin menampatkan penggal yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi.

Dia mahu mandatnya sendiri dan mahu membersihkan kerajaannya dari saki baki orang lama. Setengah dari orang Mahathir dan orang Abdullah seperti Syed Hamid Albar, Azalina Osman, Idris Haron sudah digugurkan, tetapi orang-orang itu masih ada di Parlimen.

Tetapi Najib bukanlah orang yang berani sangat. Dia tidak berani mengadakan pilihan  raya di Perak yang dirampaskan dari Pakatan Rakyat. Dia cuba dapatkan Selangor dengan cara dia mengambil Perak. Dia cuba dapatkan majoriti dua pertiga Parlimen dengan menaja MP Pakatan menjadi MP Bebas.

Tetap dia tidak berani mengadakan segera PRU 13. Sekali pun ramai pembangkang sudah dibeli – dalam dan luar Parlimen – sehingga orang keliru dengan keupayaan Pakatan Rakyat, tetapi Najib tidak berani mengadakan pilihan raya segera.

Memang Mahahir pun melarangnya. Lompat beberapa orang MP dan
ADUN tidak menjanjikan suasana selesa baginya. Hanya sekarang sudah baik mengikut nujum Mahathir. Tetapi belum tentu Mac dan April nanti keadaan baik lagi.

Pengalaman Edward Heath di Britain ahun 1970 itu adalah satu pelajaran. Ramalan hanya satu harapan tetapi bukan satu jaminan.