Unit Amal: Kami sedia ke mahkamah, Suhaizan jawab Zahid

HARAKAHDAILY | 01 September 2014

MENURUT Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan adalah tidak wajar untuk diambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

MAS to shed 6,000 staff as part of overhaul plan

AP | 29 Ogos 2014

Malaysia Airlines will cut 6,000 workers as part of a $1.9 billion overhaul announced Friday to revive its damaged brand after being hit by double passenger jet disasters. The staff reduction...

Zaid Ibrahim sudah betul semula

Subky Latif .

PEGUAM Zaid Ibrahim yang pernah menggempar politik negara sekarang seolah-olah membuat kejutan lagi apabila dalam laman webnya dia menyeru pengundi Melayu/Islam memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

 

Padanya, Pakatan Rakyat diberi peluang dulu bagi membuktikan mereka boleh membuat perubahan atau tidak. Jangan mudah kata, negara akan muflis di bawah Pakatan Rakyat  sebelum ia diberi peluang.

 

Lalu disebutnya tentang PAS  yang tidak pernah diberi peluang mentadbir selain dari Kelantan, maka tiada bukti PAS tidak boleh memerintah negara dengan baik.

 

Pandangan terbaru Zaid itu adalah sikap yang betul. Seruannya kepada pengundi Melayu/Islam supaya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat baik calon parti mana saja perlulah diberi perhatian oleh semua pihak.

 

Dalam kenyataannya itu tidak pula dia mengecualikan sokongan kepada calon PKR walaupun dia telah keluar PKR dan bergiat dalam parti lain.  Ertinya termasuk yang disuruhnya sokong ialah PKR.

 

Maka sikap terbarunya itu wajar disokong. Dalam saat semua pihak mahukan perubahan, maka dengan semuanya menyokong Pakatan Rakyat,  barulah perubahan itu dapat dicapai.

 

Saya menduga Zaid mahu berada dalam landasan politik yang betul semula. Apakah Zaid mahu mencari peluang untuk kembali semula ke  tengah arena politik yang popular? Politik yang paling popular pada masa ini ialah berada bersama Pakatan Rakyat. Kalau tidak mudah untuk bersama PKR semula, Zaid boleh memberi semua kerjasama dengan PAS  dan DAP tanpa mengganggu jalinan baik antara parti kerabat PR.

 

Sebarang tindakannya mendekati Pakatan semula jauh lebih mulia dari tindakan beberapa orang yang selama ini mengecam Dr.  Mahathir dan entah kerana apa lalu mengadapnya sambil minta ampun maaf daripadanya, menyesali mencercanya selama ini.

 

Ada baiknya komen baru Zaid itu dihargai. Walaupun kita kira dia kurang sabar semasa meninggalkan  PKR dulu, tetapi dia sudah memberi pandangan baik kepada Pakatan yang sedang berhempas pulas menghadapi BN itu.

 

Apapun Zaid menggemparkan politik negara apabila diberi peluang menjadi menteri, beliau telah memulih rekod perkhidmatan hakim-hakim yang ditribunal oleh Dr. Mlahathir dulu  dan dia telah mendapatkan imbuhan kewangan ganti  rugi kerana disingkirkan dulu. Tiada orang UMNO yang menilai jasa hakim-hakim itu tetapi Zaid membuat kerja yang mulia.

 

Kemudian dia menggemparkan negara apabila kerajaan Pak Lah yang menjadikannya menteri menahan tiga orang di bawah ISA  termasuk Teresa Koh. Zaid membantah, meletak jawatan menteri dan keluar UMNO. Walaupun kurang dari seminggu selepas penahanan, kerajaan membebaskan tahanan ISA itu tetapi Zaid tidak menarik balik perletakan jawatannya.

 

Semua kata, dia silap keluar PKR. Dia juga dikira silap menyertai parti politik yang ada nyawa ikan  saja. Sangkaan silap terbukti apabila dia bermasalah pula dengan politik barunya.

 

Sekarang membuat kenyataan betul. Moga-moga dia membuat banyak kenyataan betul lagi sehinggalah PRU berakhir.

 

Saya rasa Zaid boleh jadi orang yang boleh diterima masyarakat semula. Mungkin PAS adalah parti yang wajar didekatinya. Tidak perlu dia memohon jadi anggota PAS. Tetapi dia boleh meneruskan kerjasama dengan PAS Kota Bharu seperti yang dibuatnya sebelum ini. Dia memberi kemudahan kepada PAS memberi bangunannya yang mulanya bangunan itu dibina sebagai pejabat UMNO.

 

Dia boleh membantu PAS dalam PRU ini dalam berbagai cara. Tak perlu mengisi barang PAS. Selepas pilihanraya ini Zaid boleh menghadiri tiap-tiap minggu kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz. Tunjukkan sikap seperti yang orang PAS tunjukkan. Biar orang lihat Zaid adalah orang PAS yang tidak menjadi ahli.  Lima tahun selepas itu pemimpin PAS akan isikan borang PAS untuk Zaid tanpa Zaid mohon menjadi ahli. Masa itu orang lihat Zaid seperti Khalid ibn Walid. Cerita Zaid pernah saman Kelantan tentang hudud lenyap dari ingatan.