Kes saman Presiden PAS ditangguh lagi 7 Dis

HARAKAHDAILY | 23 November 2014

IMAGE

PERBICARAAN kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguh 7 Disember depan disebabkan ketidakhadiran saksi plaintif.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Making ends meet: Cheap lunch in KL

| 21 November 2014

Many of us though are too ashamed to admit it live purely on pennies and cents when it is that time of the month. That is when our salary day draws near. Understanding the predicament faced, English...

Najib tunggu Pakatan silap

Subky Latif .

 

JIKA ketika  rencana ini tersiar Parlimen belum dibubarkan, maka Pakatan Rakyat mesti berjaga-jaga jangan melakukan sebarang kesilapan.

 

Najib menunggu  saja sebarang kesilapan dan dia selalu mengintai apa jua kelemahan barang sedikit  dan sekecil sekarang.

 

Pakatan mesti melihat semula  sejarah lama Pilihan Raya Umum yang PAS alami dalam tahun 1986 ketika  masyarakat Cina mula didedahkan tentang perjuangan PAS. Umumnya masyrakat Cina begitu terangsang pandangan PAS tentang layanan yang perlu diberi kepada semua dan pendekatan      Islam tentang penyelesaian masyarakat majmuk.

 

Hingga DAP dikatakan cuak dengan perhatian masyarakat Cina yang mungkin melarikan pengundinya. Hatta mendiang Dr. Tan Chee Khoon, pembangkang yang tersohor ketika itu upaya mencelah hujah PAS lalu berkata, ‘Takut ia manis mulut saja.’

 

PAS tidak ada upaya untuk menukar hati manusia seperti Rasulullah SAW tidak diberi kuasa memberi hidayat kepada seseorang kerana ia hak Allah saja. Pokoknya PAS mula perhatian masyarakat bukan Melayu.

 

Perkembangan yang positif itu amat mengecutkan perut Perdana Menteri Mahathir ketika itu. Pegawai SB Sungai Siput membayangkan perhatian Cina tentang PAS, menasihatkan saya jangan bertanding di Parlimen Parit Buntar walaupun ia tempat sedap buat PAS, kerana pengundi Melayu tidak banyak berubah.

 

Nasihatnya, jika saya dapat  meyakinkan DAP, minta ia memberi laluan untuk saya bertanding di Ipoh, Cina Ipoh memberi undi pada saya dan  tidak akan memberi undinya pada MCA. Pemimpin PAS tidak tertarik  dengan cadangan itu.

 

Wartawan-wartawan asing termasuk pengamat politik majalah Hong Kong bertanya saya, apa keajaiban yang PAS buat hingga ia menarik perhatian Cina? Saya sendiri tidak tahu.

 

Dalam suasana itu PM Mahahir menghantar orang untuk bertemu pimpinan PAS, Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fazdil Noor. Dan pertemuan itu dirahsiakan kepada semua. Saya tidak tertarik kepada idea itu. Pertemuan itu jadi diadakan.

 

Sehari kemudian UMNO membocorkan  pertemuan itu kepada media. Seluruh masyarakat bukan  Melayu hilang minat untuk mendengarpenerangan PAS. Kurang  dari dua minggu Parlimen dibubarkan, PAS tidak sempat untuk membaiki kecederaan yang berlaku. PAS hanya menang  satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa.

 

Lebih 20 tahun kemudian baru masyarakat berbilang kaum tertarik semula kepada pendekatan PAS melalui Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat yang PAS ada di dalamnya  tidak pernah mengalami suasana yang selesa dan kondusif seperti sekarang.

 

Maka Pakatan dalam masa tempoh kecederaan ini wajar berwaspada, banyakkan sabar, jangan gunakan ruang demokrasi untuk berbeza pandangan antara Karpal Singh dan Mursyidul Am dan lain-lain pimpinan PAS, jangan ada suksik-suksik  tentang calon  Perdana Menteri.

 

Kena ingat Dr. Mahathir  masih segar. Otaknya sedang sepakat dengan otak Najib dan otak Rosmah mencari kelemahan  dan kesilapan Pakatan. Mereka akan ambil kesempatan atas kesilapan itu. Moga-moga Allah tidak mengizinkan mereka  lagi.