Presiden PAS nafi terima titah mengenai isu MB S'gor

HARAKAHDAILY | 21 Ogos 2014

IMAGE

PEJABAT Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh  Suhaizan Kaiat seolah-olah wujud titah arahan tertentu Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Cease Use of, and Abolish, the Sedition Act

Christopher Leong, President, Malaysian Bar | 21 Ogos 2014

The Malaysian Bar is concerned with the ongoing use of, and resort to, sedition laws by the authorities.  This is in direct contradiction to the express recognition by the Government that the...

Berbeza mazhab Pakatan dan Barisan

Subky Latif .

SUATU yang banyak dijaja oleh pemuka-pemuka UMNO betapa muafakat Pakatan Rakyat dikatakan tidak seindah perkongsian politik Barisan Nasional.

 

Barisan ada lambang dan ada organisasi didaftarkan di pejabat pendaftaran pertubuhan, tetapi Pakatan tiada lambang bersama dan ia wujud tetapi tiada failnya dalam pejabat pendaftaran.

 

Maka BN dapat berbangga betapa ia lebih sempurna. Maka padanya ialah yang terbaik yang wajar jadi pilihan rakyat.

 

Dakwaan itu tidak lebih dari  pegangan mazhab yang berbeza. Penganut Syafie rata-rata menerima ia lebih praktikal dari mazhab yang lain dan yang lain mengira mazhabnyalah senang dari mazhab Syafie.

 

Apapun secara ijmak semua mengiktiraf ke empat-empat mazhab Suni yang terbesar itu adalah releven dan masing-masing fikah yang diterima pakai oleh pengikutnya. Kesemuanya bersandar kepada Al-Quran dan Sunnah. Mazhab yang ditegakkan oleh ulama masng-masing inilah yang jadi pemudah memandu umat terutama orang awam untuk beribadat.

 

Maka Pakatan Rakyat jadi satu mazhab juga bagi orang politik  demokrasi di Malaysia untuk jadi pilihan kepada rakyat. Ia jadi pelengkap kepada mazhab BN yang sedia ada yang 50 lebih tua daripadanya.

 

Selama hari ini Malaysia ada satu mazhab saja. Ia jadi pilihan kepada parti-parti yang terkemudian yang tidak berupaya membentuk mazhab sendiri. Parti-parti yang bersendiri tidak berdaya bersaing dengan mazhab BN dan tidak pula dapat membentuk mazhab sendiri. Masa depannya tidak cerah atau tutup kedai.

 

Bagi menjamin kewujudannya parti-parti itu masuk mazhab tunggal yang ada dan mereka ditentukan oleh fikah mazhab itu.

 

Tetapi PAS, PKR dan DAP yang punya kekuatan sendiri tidak dapat menerima mazhab yang ada itu kerana demokrasi tidak menggalakkan wujud satu mazhab saja dalam satu wilayah. Sebagai mana Islam membenarkan wujudnya berbilang mazhab, maka demokrasi tidak mengira sihat politik itu ada satu mazhab  saja.

Mazhab politik tunggal adalah menurus kepada pengkebumian demokrasi. Itulah yang terjadi pada pemerintahan Firaun, Hosni Mubarak, Ghadafi dan lain-lain.

 

Bagi mengelakkan Malaysia diperintah secara Firaun dan Mubarak, maka perlu ada mazhab lain. PAS, DAP dan PKR tidak menyertai mazhab BN kerana tidak akan menyuburkan kehidupan berdemokrasi dan ia melihat BN tidak menjadi padang yang sama rata buat kerabatnya.

 

Lalu Pakatan menjadi mazhab baru. Sebagai mazhab itu tidak semestinya serupa serba serbi dengan mazhab yang sedia ada. Yang penting ialah demokrasi membekalkan lebih dari mazhab. Ia boleh tidak mengadakan lambang yang satu, ia boleh tidak menjadi parti tunggal, ia tidak menjadi medan bagi parti besar mewajibkan parti kecil tundak kepada kehendaknya.

 

Pada Pakatan keanggotaannya sama rata dan masing-masing dapat bermain di padang yang sama rata. Walaupun ia tidak ada satu ketua yang besar kepada semua, tetapi ia  tahu bagaimana mahu hidup dalam bahtera yang ada beberapa orang nakhoda.

 

BN memberi kuasa besar kepada pemimpin UMNO. Tiada orang boleh jadi nakhoda  selain dari ketua UMNO. Buruk baik, bapak rasuah, penuh dengan skandal, tetapi dia jadi ketua yang ada kuasa veto kepada ketua kerabat yang lain.

 

Pakatan tidak mensyaratkan PAS atau PKR jadi ketua atau DAP jadi ketua. Semuanya ketua tetapi ketua yang tidak membuat keputusan seandiri, tetapi sama-sama membuat keputusan. Sekalipun ia tiada ketua, ia tahu bagaimana hendak menjadikan salah seorang jadi Perdana Menteri.

 

BN mensyaratkan ketua UMNO jadi  Perdana Menteri. PR tidak begitu. Semua rakyat boleh jadi Perdana Menteri. Habis apa jaminan Perdana Menteri itu Melayu? DAP tahu waqi’ politik di Malaysia. Ia tahu siapa dari semua yang layak boleh jadi Perdana Menteri. Bukan semua yang layak itu boleh  dan dapat menjadi Perdana Menteri.

 

Yang penting Pakatan yang tidak sama dengan BN dalam serba serbi tetapi kelainnya dapat memenuhi ciri mazhab yang dikehendaki oleh politik demokrasi di Malaysia dan boleh menjadi saingan yang lebih releven dari BN. Ia tahu apa yang ia patut buat dan apa yang tidak patut dibuat.