Perutusan Presiden PAS sempena Hijratur Rasul 1436

, | 25 Oktober 2014

IMAGE

BERSEMPENA Hijraturrasul 1436 ini marilah kita melakukan tajdid dan hijrah kepada kehidupan bernuansa wahyu Allah dan panduan Rasulullah SAW secara istiqamah.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

The passing of Professor Ghulam Azam a great loss

Dr Syed Azman Syed Ahmad, Chairman, The Asian Federation for Peace & Development (AFPAD) | 25 Oktober 2014

We are greatly saddened by the demise of former Jamaati Islami Bangladesh Ameer, Professor Ghulam Azam in prison on 23 October 2014. His passing is a great loss for the entire Muslim ummah,...

Malaysia masih negara rasuah

Subky Latif .

BAIK Perdana Menteri mahupun para pimpinan SPRM dipercayai berbangga apabila mereka mewar-warkan CPI rasuah negara turun  ke tangga 54 dari 174 negara di dunia dibandingkan dengan tangga ke 60 tahun sebelumnya.

 

Perdana Menteri Najib  dan timbalannya menunjukkan  rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.

 

Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika  Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.

 

Tetapi adakah Perdana Menteri  dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada  di tangga 54 saja?

 

Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti  rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara  lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?

 

Dengan segala  gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah  sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.

 

Mengapa kita masih di tangga ke 54?

 

Ia adalah tanda perang terhadap rasuah masih belum berkesan.

 

Yang  Malaysia dikatakan bertambah elok kerana kita sekadar  turun enam tangga dibandingkan dengan tahun lalu di seluruh dunia. Tetapi rakyat tidak diberi  tahu keadaan dalam negeri itu lebih buruk atau jauh kurang dari tahun-tahun  sebelumnya?

 

Boleh jadi kita turun ke tangga 54 kerana kemungkinan enam negara di bawah kita dulu bertambah teruk rasuahnya tahun ini. Kiranya mereka bertambah teruk dalam masa setahun atau beberapa tahun kebelakangan ini, maka CPI kita jadi  elok sikit.

 

Tetapi mungkin juga kita bertambah teruk. Jika disebabkan orang lain bertambah teruk, maka dilihat kurang teruk, sesungguhnya boleh dikelirukan orang  suasana seperti itu.

 

Pastikan kita bertambah disebabkan oleh kita betul-betul baik, jangan kita tertipu oleh faktor orang lain bertambah buruk, lalu kita terasa kita kurang buruk.

 

Jika ia diibaratkan sebagai pencapaian anak kita di sekolah. Dia dapat nombor 20 ke atas dalam darjahnya. Berbagai usaha kita lakukan  dia dapat kedudukan yang ke 15. Adakah dia sudah bertambah baik? Atau beberapa orang kawan sederjahnya merosot? Jika ia disebabkan oleh kawan-kawan merosot, belum tentu anak kita itu bertambah baik.

 

Apa pun kita tetap tidak seronok anak kita di tangga ke 15.

 

Jika tahun depan CPI  rasuah kita turun ke tangga 50 pula, elok dia diam saja dan buat lebih banyak kerja supaya betul-betul tidak ada. Jangan nyatakan kepada umum kita sudah bertambah, sedang rumah kita masih jadi sarang  anai-anai. Anai-anai wala pun sikit tetap ia dikira  rumah beranai-anai.

 

Dalam hal ini kita bukan mahu menyalahkan SPRM, tetapi yang mesti bertanggungjawab adalah parti yang memerintah. SPRM sebaik mana pun tidak boleh buat apa, kalau pemimpin-pemimpin kerajaan dan negara menjadi ikan yang busuk kepala.

 

Kepala ikan sudah busuk, tiada daya badan ikan bertahan segar.

 

Kerajaan yang ra suah tidak mampu membersihkan negaranya dari rasuah.  Ada  1001 cara bagi pemimpin yang rasuah untuk mengatakan  dia tidak  rasuah. Antaranya menjalankan kempen  perubahan membasmi rasuah.