14
Mon, Oct
9 Artikel Baru

NGO pertahan kepimpinan ulama

Nasional
Typography

KOTA  BHARU: Kerajaan negeri yang ada sekarang perlu dipertahankan berdasar kecemerlangan pentadbiran di bawah kepimpinan ulama sekarang.

Presiden NGO Royalti Kelantan, Nazri Deraman berkata, markah tertinggi 99 peratus diberi Audit Negara bagi prestasi pengurusan kewangan 2016 membuktikan kejayaan itu.

Katanya, NGO Royalti Kelantan turut menyokong usaha mempertahankan kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 tidak lama lagi.

“Kami menyeru rakyat di negeri ini menghadiri program kemuncak Himpunan Bangkit Pertahan pada 16 Mac ini di Padang Perdana sebagai menyatakan sokongan padu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya juga rekod hampir 30 tahun kerajaan negeri bebas rasuah dan penyelewengan membuktikan kemampuan kerajaan negeri yang ada sekarang. - HARAKAHDAILY 2/3/2018