Perutusan Presiden PAS sempena Hijratur Rasul 1436

, | 25 Oktober 2014

IMAGE

BERSEMPENA Hijraturrasul 1436 ini marilah kita melakukan tajdid dan hijrah kepada kehidupan bernuansa wahyu Allah dan panduan Rasulullah SAW secara istiqamah.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

The passing of Professor Ghulam Azam a great loss

Dr Syed Azman Syed Ahmad, Chairman, The Asian Federation for Peace & Development (AFPAD) | 25 Oktober 2014

We are greatly saddened by the demise of former Jamaati Islami Bangladesh Ameer, Professor Ghulam Azam in prison on 23 October 2014. His passing is a great loss for the entire Muslim ummah,...

Pakatan terus padu, perkauman runtuh

Abd Shukur Harun .

Tepuk tangan gemuruh dan gema laungan takbir menyambut ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang menekankan pentingnya perpaduan Pakatan Rakyat di Konvensyen Pakatan di Shah Alam kelmarin. Konvensyen  tersebut menghantar isyarat bahawa perwakilan 1,500 orang yang hadir telah menunjukkan perpaduan paling erat.

Dewan SACC Shah Alam telah penuh sesak dalam dan luar dewan, termasuk perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang menerima samabutan meriah dari yang hadir.

Kehadiran perwakilan PR dari Sabah dan Sarawak itu memberikan gambaran bahawa dua negeri di bawah bayu itu akan turut serta, bersama rakyat di Semenanjung, menghantar tsunami politik hingga ke Puterajaya dalam PRU akan datang.

Tentunya tidak ragu-ragu lagi bahawa PAS yang menjadi komponen penting Pakatan Rakyat itu memberikan dokongan sangat kuat akan perpaduan dalam Pakatan.

Dengan itu musuh Pakatan Rakyat tewas dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan Pakatan dan menghasut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Di atas pentas, pimpinan Pakatan – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta pemimpin lain Pakatan duduk beriringan dengan penuh ceria, menunjukkan keazaman yang sama untuk memelihara perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.
Beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.
Presiden PAS itu juga turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat iaitu Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Iaitu perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika meneruskan ucapan dalam Konvensyen Pakatan itu.

Ucapan beliau yang penting itu menekankan bahawa semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU 2008 yang lalu.

Presiden PAS itu berkata, apabila orang Melayu/Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam, apabila orang kuat DAP dan pelbagai kaum dan agama boleh mengundi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu/Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri, katanya.

Dengan senario ini, tegas beliau, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini dan sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima pelbagai kaum dalam satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman yang disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan menyatukan pelbagai bagai kaum atas konsep dalam perlembagaan yang tdak mampu dilakukan oleh BN," katanya

Sementara itu, intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen tersebut ialah memfokaskan perhatian kepedulian Pakatan Rakyat kepada rakyat pelbagai kaum yang terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Konvensyen tersebut berakhir dengan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR). Ikrar tersebut berbunyi:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat.
2. Akan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota parti komponen Pakatan Rakyat.
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala rasuah yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Ikrar bertulis itu kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan doa, mengakhiri konvensyen dengan memohon keredhaan dan keberkatan Ilahi menjayakan cita-cita murni Pakatan Rakyat.

Dua kejayaan yang sangat bermakna yang diserlahkan Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah pertama, memperkukuh perpaduan dalam komponan Pakatan Rakyat, kedua meruntuhkan tembuk perkauman yang selama ini menjadi hambatan besar kepada perpaduan nasional, malah bertentangan sama sekali dengan Islam.

Untuk selama lebih setengah abad, negara dicengkam oleh fahaman perkauman yang menjadi senjata ampuh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Namun, tanda-tanda sangat jelas bahawa era gelap ini akan berakhir pada PRU akan datang. Iaitu hampir sama seperti zaman gelap Eropah yang dimonopoli kaum pemodal, golongan tertentu dan Yahudi, membiarkan rakyat miskin dan tertekan, kepada zaman kebangkitan, keluar dari zaman gelap.

Jika Pakatan memenangi PRU nanti, dengan izin Allah, Malaysia akan bertukar wajah. Ia akan menjunjung tinggi ilmu, memartabat insan, menentang ketidakadilkan, segala bentuk penyelewengan, rasuah dan segala kemungkaran.

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam itu memperlihatkan tekad dan mendokong kebangkitan rakyat untuk membina sebuah masyarakat baru Malaysia yang penuh adil.