Bantah Notis Merah terhadap Dr Yusuf Qaradhawi

. | 18 Disember 2014

IMAGE

DR Yusuf Qaradhawi adalah ilmuan dan ulama tersohor yang mempunyai rekod kesarjanaan yang menolak semua jenis ekstremisme.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Pleasing Allah, not ourselves or others...

LanH | Lanh14@englishsection.com | 17 Disember 2014

    ONE 'ustaz' (religious teacher) during his weekly 'tazkirah' (lesson) at a masjid near my house was fond of repeating this phrase: "we must live according to the likes of Allah SWT, that is to...

Bukti isu ‘Amanat Haji Hadi’ tidak berkesan

Abd Shukur Harun .

 

Jika Umno/BN menyangka isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dimainkannya sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun parti nasionalis itu ‘meniupkannya’ setiap hari.

 

Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor, mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan ditanyakan pendapat mereka.

 

Negeri Johor, dulunya kubu kuat Umno, kini nyata pemikiran pengundi sudah jauh berubah, terutama generasi baru yang jumlahnya mencecah 40%. Pengundi generasi lama sudah sangat jauh berkurangan, ada yang berpindah ke negeri lain, mengikut anak, ada yang sudah meninggal, ada yang sudah menerima pandangan anak-anak mereka yang bekerja di bandar. Malah ada yang menyatakan rasa bosan dengan isu ini yang disiarkan berulang-ulang siang dan malam oleh media BN.

 

Seorang penduduk di pedalaman Mersing – yang dikenali sebagai Pak Ngah Mat – memberitahu saya di sebuah gerai makan, “Ini kerja busuk, dia ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi tentu dia ada alasan yang kuat.”

 

Saya bertanya kepadanya, “Ada tengok TV?” Dia menjawab “Ada juga menjengah begitu-begitu saja, tengok berita banjir, berita rompak, bunuh.”

 

Seorang lagi bernama Osman Abu Bakar, pertengahan umur yang ditemui di Kota Tinggi berkata, “Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”

 

Menurutnya, isu ‘Amanat Haji Hadi’ sudah didengarnya sejak remaja lagi dan beliau percaya isu ini tidak akan berkesan dalam PRU akan datang.

 

Seorang pesara di Pontian yang ditemui berkata: “Umno ni tak ada modal lain. Kami jemu dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini. Isu ini tidak akan mengenyangkan orang kampung sepertinya. Sebab itu tak ada faedah mengulang-ngulang isu ini.”

 

Beberapa orag lagi yang ditemui di Kluang sependapat mengatakan bahawa isu ini tidak akan mengubah fikiran pengundi. Sepatutnya, kata mereka, parti yang memerintah memikirkan benar-benar masalah orang kampung – harga barang naik, harga kelapa sawit, harga getah turun, nelayan pantai menderita kerana hasil tangkapan amat berkurangan.

 

Inilah sebahagian reaksi orang kampung mengenai isu ‘Amanat Haji Haji’ ini yang rata-rata berpendapat tidak akan berkesan dalam PRU akan datang.

 

Sementara itu, penganalisis politik, Datuk Dr Agus Yusof berkata, walaupun isu itu sering kali dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) namun ia tidak akan memberi kesan dalam PRU13.

Menurut beliau, walaupun isu itu hangat diperkatakan, tetapi ia tidak mampu menarik pengundi atas pagar bagi pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, isu ini sepatutnya telah lama diselesaikan dan tidak dibangkitkan oleh parti lawan.


“Saya percaya jika orang lama sudah jelas tentang isu ‘Amanat’ ini, mungkin ada yang masih keliru namun isu ini tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat khususnya bukan Islam.

 

Sementara itu, kehadiran lebih 120,000 orang dari pelbagai lapisan usia yang membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 malam Tahun Baru menjadi salah satu isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak peduli akan isu yang dimainkan oleh Umno/BN, termasuk isu ‘Amanat Haji Hadi’.

 

Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, -  itu diadakan dengan pendekatan menyambut Tahun Baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

 

Terdahulu, program terbabit berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor - EduSEL Fair 2012. Selain itu, turut diadakan ceramah yang bertajuk SPIES membentuk masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa. Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan pelakon Shamsul Ghau-Ghau serta ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail Kamus.

 

Manakala, sambutan kemuncaknya diadakan program sambutan Ambang 2013 dengan menyaksikan persembahan sajak daripada pelakon Diana Amir dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin ‘Bollywood’, Datuk Malek Noor, Kamal Adli, Pierre Andre dan Aziz M. Osman. Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular itu berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

 

Malah detik sambutan Tahun Baru yang berakhir 1 pagi itu diakhiri dengan nyanyian nasyid ‘Asma Ul Husna’ oleh semula jemputan dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail, Dr Yunus Hairi dan Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri.

 

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu.

 

Menurutnya, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan terus memastikan rakyat di negeri itu mendapat manfaat daripada apa yang dilakukan.

 

Jelas sambutan ini menggambarkan sokongan pengundi di Selangor terhadap Pakatan Rakyat dan isyarat paling yang nyata bahawa mereka tidak peduli apapun isu yang dibangkitkan oleh Umno/BN, termasuk isu ‘Amanat’ adalah sia-sia saja.