17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Adun dirawat, bukan meninggal

Ustaz Azhar Salleh menziarahi Adun Kemuning di Hospital Pakar Perdana.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Adun Kemuning Ustaz Mohd Roseli Ismail menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana petang semalam kerana masalah gastrik.

Sehubungan itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato' Che Abdullah Mat Nawi menafikan wakil rakyat berkenaan meninggal dunia seperti ditular di media sosial.

"Tidak betul berita yang mengatakan beliau meninggal dunia sebagaimana yang tular di media sosial hari ini," ujarnya ketika ditemui media selepas majlis meraikan petugas Hari Murabbi Ummah di JKR 10.

Semalam Roseli dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana setelah mengadu sesak nafas sebaik sahaja pulang dari Kuala Lumpur.

Anggota keluarganya menghantar Adun Kemuning itu ke Klinik Batu 31 sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Pakar Perdana.

Che Abdullah juga berkata, dakwaan berlaku kematian hanya dilakukan budak-budak nakal.

“Orang politik terutamanya wakil rakyat sentiasa berdepan dengan masalah sedemikan,” ujarnya.

Sementara itu Adun Pulai Chondong Ustaz Azhar Salleh berkata, Adun Kemuning yang dimasukkan ke hospital petang semalam kembali sihat sekarang. - HARAKAHDAILY 27/2/2019