Kalau ganggu, PAS tarik ‘handbrake’

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: PAS meletakkan Islam perkara utama dengan sesiapa sahaja berkawan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

idris“Dengan siapa PAS berkawan, Islam first, bukan kuasa first. Apa makna ada kuasa tetapi Islam entah ke mana,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan kerjasama PAS dengan Parti Melayu Semangat 46, PKR, DAP dahulu pun atas prinsip yang sama walaupun berbeza ideologi.

“Apa yang penting jangan halang agenda Islam. Kalau ganggu, PAS tarik handbrake,” katanya.

Ini, ujar beliau sama seperti kerjasama dengan Umno yang berlaku sekarang.

Menurutnya, berpolitik untuk bekalan mati dan menjadi sebahagian daripada amal untuk bertemu Allah SWT. – HARAKAHDAILY 27/2/2019