15
Tue, Oct
13 Artikel Baru

Anwar, si mantan yang serba tak kena

Berita
Typography

JIKA mahu bercakap tentang Anwar, kita tidak boleh mengelakkan daripada memasukkan juga Tun M dalam plot cerita. Sudah tentu Tuan Guru Presiden PAS juga akan dimasukkan sekali kerana hikayat ini adalah berkenaan sikap kurang ajar Anwar terhadap Presiden PAS yang sangat Anwar marahkan sehari dua ini.

Tun M sangat pandai bermain dengan perasaan dan kesabaran lawannya. Beliau tidak perlu banyak beraksi, cukup beberapa patah kata yang menyucuk perasaan, diulang-ulang, samada jika kata itu batil, ia akan dipercayai orang bila disebut-sebut dan jika kata itu benar, ia menyakitkan hati lawannya.

Tahun 98, Tun mengulang-ulang tuduhan liwat beliau terhadap Anwar, sehingga ramai yang menyakininya. Hanyalah yang utuh ialah kepimpinan PAS yang sehingga kini, masih tidak menerima cara pendedahan itu kerana tidak menuruti kehendak Islam yang sebenarnya. Ianya bukan tiada bukti, tetapi Allah lebih ditakutkan pimpinan PAS. Justeru, diam itu penghalang dosa.

Anwar adalah mantan ketua yang mengetuai sekumpulan pelajar menunjuk perasaan di Baling awal 70-an dahulu, kemudiannya di masukkan ke penjara disebabkan peristiwa itu. Tidak diketahui adakah benar dakwaan bahawa ada rakyat Baling mati kebuluran sewaktu harga getah jatuh begitu teruk. Tetapi Musa Hitam datang menjadi pendamai dan menyelamatkan keadaan.

Daripada penjara, Anwar keluar dan kemudiannya menjadi mantan ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) setelah meninggalkan perjuangan beliau itu bagi menyertai Umno sekitar 82. Beliau diikat oleh Tun Mahathir bagi mematikan gerakan Islam di Malaysia yang dikira memuncak ketika itu, terpengaruh dengan dengan gerakan Islam lain di dunia.

Beliau menjadi mantan Ketua Pemuda Umno setelah bertekad mencuba nasib sebagai Naib Presiden Umno pada 87. Dan seterusnya menjadi mantan Naib Presiden tahun 1993 setelah berjaya menumbangkan Tun Ghaffar Baba dari kedudukan Timbalan Presiden Umno. Tun Ghaffar kalah sebelum bertanding kepada Pak Syeikh kerana tidak cukup pencalonan.

Beliau dijadikan pula mantan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 oleh Tun M kerana didakwa bersedap-sedap pada laluan terlarang, iaitu mengikut jalan belakang bersama pemandu, adik angkatnya dan juga bekas penulis ucapan beliau. Tuduh Tun lagi, bersusun-susun bak keretapi mereka semua pada waktu itu. Disumbatnya Anwar dalam penjara oleh mahkamah atas dosa itu.

Pada saya, berakhirlah zaman kegemilangan Anwar selepas 1998 itu kerana serba tidak kena tindakan beliau pada babak seterusnya ketika menjadi pembangkang. – HARAKAHDAILY 27/2/2019

TULISAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI ISNIN AKAN DATANG