24
Fri, May
20 Artikel Baru

Gagal laksana janji punca PH merosot

Berita
Typography

KOTA BHARU: Masyarakat Cina di sini menganggap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kurang memberangsang kerana gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Dato’ Oie Poh Choon berkata, rata-rata masyarakat bukan Melayu di sini tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

Katanya, kegagalan melaksanakan manifesto menjadi kayu ukur utama kegagalan kerajaan baharu yang menerajui Putrajaya sekarang.

“Selepas sembilan berlalu kami belum berpuas hati terhadap prestasi kerajaan PH sekarang. Namun kita berharap masih ada peluang kerajaan membaiki selaras dengan kehendak rakyat.

“Kami percaya kegagalan melaksanakan manifesto menyebabkan kerajaan PH tidak popular sehingga menjejaskan peluang pada PRU akan datang,” katanya selepas menerima sumbangan daripada kerajaan negeri hari ini.

Sumbangan sempena Tahun Baru Cina disampaikan Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua di Pejabat Menteri Besar.

Sumbangan sebanyak RM10,000 itu bagi menjayakan sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina pada 19 Februari lepas. - HARAKAHDAILY 27/2/2019