17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Pemuda Semporna telah sempurnakan MAT Ke-2

Berita
Typography

SEMPORNA: Pemuda PAS Kawasan Semporna telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dirasmikan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Rosli Hasani pada majlis yang berlangsung di Warisan Resort, di sini kelmarin.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para Pemuda agar terus istiqamah bersama perjuangan PAS walaupun mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi yang sentiasa menghampiri diri.

"Kita dalam bahtera Pemuda ini mestilah terus istiqamah bersama dalam perjuangan Islam ini. Jangan pernah sedikitpun ada niat dalam hati kita untuk meninggalkan perjuangan ini.

"Perjuangan ini memang banyak mehnah dan tribulasinya, namun haruslah bersedia menghadapinya bersama-sama," seru beliau.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Semporna, Ruzaini Rohan dalam ucapannya menegaskan kepentingan Pemuda bersedia dengan ilmu dan tarbiyah dalam mendepani cabaran isu politik tempatan masa kini.

Pada majlis tersebut juga telah disampaikan anugerah-anugerah iaitu Lajnah Terbaik kepada Jabatan Amal dan Lajnah Cemerlang kepada Jabatan Pembangunan Mahasiswa.

Manakala anugerah Tokoh Pemuda disandang Shahril Shazwan Shahruddin, sementara Anugerah Khas diraih PASTI Nur Islah. - HARAKAHDAILY 25/2/2019 IMG 20190225 WA0006