Dahsyat tuduhan Anwar kepada PAS

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tuduhan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ‘PAS sokong rasuah atas nama Islam’ adalah suatu yang dahsyat.

“Dato’ Seri Anwar tuduh ‘PAS sokong rasuah atas nama Islam’; dahsyat tuduhan ini,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

idrisBeliau mempersoalkan mengapa Anwar marah sangat kepada PAS.

“Marah, kerana PAS sokong Tun M jadi PM ke,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu bertenang.

“Kalau ada rezeki adalah, kalau tidak ada rezeki hendak buat macam mana. Sabarlah. Enam tahun dalam penjara boleh sabar,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan Anwar agar jangan pula menyemburkan haba kemarahan kepada PAS berhubung situasi tersebut.

“Tidak mengapa Dato’ Seri, kami tidak marah. Kami faham jiwa Dato’ Seri sedang bergelora. Sabar menanti, ya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/2/2019