26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

Sukan PASTI Pdg Rengas gilap bakat atlit cilik

Berita
Typography

PADANG RENGAS: Pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI Kawasan Padang Rengas telah dijayakan penuh meriah dengan penglibatan 140 atlit mewakili tujuh PASTI yang dilangsungkan di Padang Musolla al-Ehsan, Kampung Paya Ranggam, di sini semalam.

Ketua Pemuda PAS Padang Rengas, Muhammad Helmi Affindi Ali dalam ucapan perasmiannya menyifatkan guru-guru PASTI tidak hanya berperanan dalam akademik, tetapi juga kegiatan luar seperti sukan.

Bahkan katanya, usaha mereka tidak hanya menerapkan ilmu, tetapi turut mencungkil dan mengembangkan bakat anak-anak sejak usia 4 hingga 6 tahun yang menerima pendidikan di PASTI.

Menurutnya, pertandingan seperti itu menerap pengalaman berharga kepada para pemain cilik dan pihak beliau mensasarkan kejuaraan peringkat negeri menerusi suntikan dan peningkatan kualiti peserta.

Pertandingan dwi tahunan itu menyaksikan PASTI Az-Zahra muncul juara futsal, manakala bola jaring diungguli PASTI Al-Marbawi sekali gus bakal mewakili Padang Rengas ke peringkat zon pada April nanti di Taiping. - HARAKAHDAILY 24/2/2019 

IMG 20190224 WA0033