19
Wed, Jun
15 Artikel Baru

PH bimbang kerjasama PAS-Umno

Berita
Typography

KUALA LIPIS: PAS dan Umno Pahang meneruskan kesepakatan pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi mengembalikan kuasa politik Melayu Islam di negara ini.

Ahli parlimen Lipis Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, beliau melihat perpaduan antara PAS dan Umno dapat dilihat pada PRK Cameron Highlands.

“Saya gembira melihat dua parti politik terbesar bersatu pada PRK tersebut. Kemuafakatan Melayu Islam amat penting bagi membolehkan kekuatan Islam dibina.

“Namun kami melihat ada tentangan terhadap persepakatan itu. Ini kerana perpaduan Melayu amat menakutkan Pakatan Harapan.

“Malah veteran DAP Lim Kit Siang pernah menyuarakan kebimbangan PAS dan Umno bekerjasama,” katanya pada Forum Perpaduan Ummah di sini kelmarin.

Program itu diadakan sempena jelajah lapan Adun PAS Pahang ke Lipis.

Dua lagi panelis iaitu Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar, manakala Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahaya bertindak sebagai moderator. – HARAKAHDAILY 19/2/2019