26
Fri, Apr
9 Artikel Baru

TAMSAS kukuh intimak ahli PAS Tawau

Berita
Typography

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah menganjurkan Tamrin Asas (TAMSAS) 2019 dalam meneguhkan intimak serta kefahaman perjuangan dalam kalangan pendokongnya.

Para hadirin terdiri daripada 200 peserta itu telah didedah serta dipertegaskan mengenai kepentingan akidah dan ilmu sepanjang tamrin selama dua hari yang di Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam, di sini semalam.

Timbalan Yang DiPertua PAS Tawau, Ustaz Nasir Che Ali ketika menjawab soalan peserta mengenai PAS menyatakan bahawa parti dan jamaah ini adalah gerakan Islam yang syumul.

PAS jelasnya, berjuang melaksanakan syariat Islam agar dimartabatkan dengan menyampaikan dakwah atau tabligh disegenap bidang seperti pendidikan, ekonomi dan sosial.

Bahkan PAS terangnya, tidak semata-mata politik tetapi melaksanakan tugas tabligh yang menyeluruh meliputi tugas amar makruf nahi munkar terhadap pemerintah lalai atau zalim.

Hadir sama adalah Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain dan Ketua Pemuda PAS Tawau, Ustaz Rusli Hasani serta Ketua Muslimat PAS Tawau, Ustazah Mandina Ladale. - HARAKAHDAILY 18/2/2019  

IMG 20190218 WA0044

IMG 20190218 WA0045