20
Mon, May
17 Artikel Baru

Usrah tunjang kekuatan MGP Lumut

Berita
Typography

LUMUT: Majlis Guru-guru PASTI (MGP) Kawasan Lumut telah mengadakan usrah bulanan kali ini bertempat di PASTI Istiqamah, Batu 7 Lekir, di sini pagi ini.

Suasana penuh ukhwah dihadiri 40 guru itu menjelaskan keakraban ukhwah antara mereka yang dinaqibahkan oleh Ahli Jawatankuasa Tarbiah Muslimat PAS Lumut, Ustazah Che Samrah Mat Isa.

Pengisian diberikan beliau membangkitkan motivasi kepimpinan para guru yang turut berperanan sebagai seorang isteri, ibu, anak, pejuang parti, umat Nabi S.A.W dan hamba Allah S.W.T.

"Pastinya setiap hari penuh dengan cabaran dan dugaan yang akhirnya akan membuahkan kejayaan yang amat manis," ujarnya meneguhkan istiqamah.

Usrah tersebut turut diisi Ahli Jawatankuasa Panel Kurikulum PASTI Malaysia, Ahmad Jaafar Khalid yang menyanjung tinggi profesion keguruan dan menyifatkan guru antara insan terbaik di sisi Allah.

Menurut Pengerusi MGP Lumut, Faridah Salamon, kawasan itu mempunyai 17 PASTI yang dipimpin 48 guru membimbing 779 murid dari usia 4 hingga 6 tahun.

Katanya, ia adalah satu kejayaan bagi PAS Kawasan Lumut dan kepimpinannya yang sentiasa komited melakar kejayaan dalam melahirkan generasi Z berteraskan "Islam Memimpin". - HARAKAHDAILY 17/2/2019