26
Fri, Apr
10 Artikel Baru

Sukaneka SRITI At-Taqwa gamit hadirin

Berita
Typography

LUMUT: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taqwa telah menganjurkan Sukaneka Tahunan Kali Ketiga bertempat di Padang Awam Stesen Bas Seri Manjung, di sini pagi semalam.

Timbalan Pengarah SRITI Malaysia, Hasan Aladi Ahmad telah hadir menyempurnakan perasmian yang dilakukan dengan gimik memotong riben dan aksi spontan memanah.

Menurut beliau perkembangan SRITI di seluruh Malaysia amat memberangsangkan sehingga mencecah sebanyak 140 SRITI di seluruh Malaysia pada tahun ini.

"Walaupun SRITI baru beroperasi 3 tahun, sambutan masyarakat luar biasa. Rata-rata SRITI tidak cukup tempat bagi menampung permintaan masyarakat setempat hingga terpaksa dibuat tapisan kemasukan.

"Kurikulum integrasi menggabungkan kurikulum akademik aliran perdana, ad-diniah serta silibus tahfiz. Matlamat akhir SRITI adalah dapat melahirkan insan soleh pintar, rabbani dan murrabi," ujarnya.

Beliau turut menegaskan, SRITI akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang.

Antara kelainan sukaneka pada tahun ini adalah acara pertandingan memanah dan pertandingan tarik tali di antara rumah sukan.

Para ibu bapa turut dilihat gembira menyaksikan gelagat serta telatah mencuit hati dari anak-anak mereka ketika beraksi dalam semua acara yang dipertandingkan. - HARAKAHDAILY 17/2/2019  

IMG 20190217 WA0006

IMG 20190217 WA0008