Teater seks di kala gejala sosial parah

Berita
Typography

ALOR SETAR: Kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini bukan tiket untuk mempromosi pementasan teater berunsur lucah.

Pesuruhajaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, program seumpama itu boleh mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat Islam.

Kata beliau sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang tidak bersikap tegas menguatkuasakan undang-undang tidak mustahil perkara serupa akan berulang.

“Kita bimbang lama-kelamaan teater seumpama itu menjadi kebiasaan. Sedangkan negara sekarang menghadapi masalah sosial yang makin parah,” katanya di sini.

Pementasan teater yang pada awalnya dinamakan 'Sex in Georgetown City' dijangka diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari.

Ekoran bantahan pelbagai pihak penganjur menukar tema asal teater tersebut kepada "Love in Georgetown City".

Semalam Pengarah Love in Georgetown City Fa Abdul dilapor membuat laporan polis terhadap pihak yang dianggap fitnah terhadap teater tersebut. - HARAKAHDAILY 14/2/2019