Mahathir kecewa ada asas

Berita
Typography

KOTA BHARU: Biar pun dengan nada berseloroh namun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu keluar parti sekiranya parti kompenan Pakatan Harapan (PH) belot mempunyai asasnya tersendiri.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia merupakan susulan kekecewaan Perdana Menteri terhadap apa yang berlaku dalam barisan kabinet sekarang.

"Kenyataan itu merupakan kemuncak Tun meluahkan perasaannya secara terbuka," katanya ketika ditemui selepas program Liqa' Kubra : Bicara Isu Semasa Bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di sini malam tadi.

Program itu dianjurkan Pemuda PAS Kubang Kerian.

Baru-baru ini Dr Mahathir berseloroh bersedia tukar parti lain sekiranya mendapati ada anggota parti gabungan dalam PH.

“Saya dahulu parti Umno. Kini saya bersama DAP, PKR serta Parti Amanah Negara.

“Kalau parti-parti dalam PH ini membelot dan tidak setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain,” ujarnya pada sidang media hari ini.

Malah kesediaan Dr Mahathir menerima ahli parlimen bekas Umno menyertai Bersatu dikecam hebat pemimpin DAP dan PAN. – HARAKAHDAILY 14/2/2019