17
Sat, Aug
27 Artikel Baru

Dana asing babit keselamatan negara

Berita
Typography

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah, hari ini tampil melakukan satu laporan polis berkaitan pendedahan mantan Setiausaha Sulit Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa DAP mengambil wang RM300 juta daripada Israel.

Ketuanya, Ustaz Salim Mahmood, dalam kenyataannya petang tadi memaklumkan, laporan rasmi itu bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kes berkenaan dan menjalankan siasatan.

"Hal berkenaan dipercayai berlaku secara sulit dan menyalahi integriti dan undang-undang serta mempunyai tujuan politik yang boleh mendatangkan masalah keselamatan negara," tegas beliau.

Laporan tersebut yang dibuat kira-kira jam 3.30 petang di Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan dihadiri oleh jawatankuasa dewan terbabit dan beberapa wakil dari dewan pemuda berdekatan.

Sementara itu, Adun Bukit Lada itu juga menegaskan sebelum ini bekas Pegawai TUDM, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff juga pernah membuat laporan terhadap pengasas MalaysiaKini, Premesh Chandran dan Red Bean Army DAP yang didakwa menerima dana dari Open Society Foundation(OSF) milik George Soros.

Dakwaan yang sama terhadap parti itu juga pernah dinyatakan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, menerima dana segera daripada negara luar untuk membiayai pilihan raya.

Beliau berharap pihak PDRM bersikap adil dan jangan kerana dikatakan PAS kononnya menerima dana daripada Umno sebanyak RM90 juta terus disiasat sebaliknya yang mengaitkan dari pihak pemerintahan diabaikan. - HARAKAHDAILY 13/2/2019