26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

Kena dengar keseluruhan rakaman

Berita
Typography

KOTA BHARU: "Kita kena dengar rakaman itu secara keseluruhan, tidak boleh ambil separuh sahaja. Jadi bagi saya kalau ambil separuh ada benda yang tidak kena.

"Sebagai contoh apabila Nik Abduh kata Tok Guru pun terima duit Umno, bukan bermakna duit Umno tetapi duit orang Umno yang memberi sumbangan kepada sekolah Darul Anuar.

"Ada orang yang sokong Umno apabila Tok Guru hendak buat sekolah agama dia juga bagi sumbangan. Bukan duit daripada Umno tetapi duit ahli Umno,” kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, malangnya sebahagian daripada rakaman tersebut digunakan bagi menuduh kononnya PAS menerima wang RM90 juta daripada Umno.

Sebaliknya jelas beliau, tindakan sedemikian sebagai perbuatan yang tidak beretika kerana maksud yang hendak disampaikan Ustaz Nik Abduh menjadi tidak sempurna.

Menurutnya juga konteks ayat tersebut bukan seperti yang dimaksudkan.

"Audio itu memang sah, tetapi malangnya orang mengambil separuh sahaja.

Ia dimanipulasi pemimpin Parti Amanah Negara untuk memburukkan PAS,” ujarnya.

Isu PAS menerima wang daripada UMNO timbul semula apabila Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian saman terhadap editor Sarawak Report di luar mahkamah. - HARAKAHDAILY 12/2/2019