24
Sat, Aug
17 Artikel Baru

Keluarga miskin hidup di kediaman usang

Berita
Typography

BAGAN SERAI: Pusat Khidmat PAS Kawasan Bagan Serai telah menziarahi satu keluarga miskin yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Sungai Perikan, Simpang Ampat Semanggol, di sini hari ini.

Hasil kunjungan mendapati kediaman mereka yang jauh dari penduduk lain sebenarnya hanyalah binaan dinding batu bata dan bumbung semata-mata tanpa tingkap dan pintu.

Keadaan tersebut bukan sahaja mendedahkan mereka kepada risiko keselamatan, malah jauh sekali keselesaan di mana juga tanpa perabot dan peralatan asas kehidupan yang lain.

Selain itu, cukup sukar untuk sampai ke rumah usang tersebut kerana jalan berlopak, selain difahamkan sering ditenggelami banjir apabila musim tengkujuh.

Keluarga lima beranak itu hidup hanya dengan bergantung perolehan pendapatan tidak seberapa daripada ketua keluarga, Abdul Rahim Talib yang bekerja mengambil upah menjual kuih.

Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria berkata, beliau akan berusaha membawa masalah keluarga itu ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang prihatin untuk membantu keluarga ini boleh terus menyalurkan ke akaun isteri Abdul Rahim, Bank Islam 08-077-02-019788-3 atas nama Anita Omar. - HARAKAHDAILY 11/2/2019   

FB IMG 1549882152020

FB IMG 1549882157832 

FB IMG 1549882164927

FB IMG 1549882182025

FB IMG 1549882203241