Explorace eratkan penduduk Kubu Gajah

Berita
Typography

LARUT: Pusat Khidmat Dun Kubu Gajah telah menganjurkan program Explorace 2.0 dengan kerjasama Pemuda Cawangan Pantai Besar yang dilangsungkan di sini, semalam.

Perasmian program aktif yang mendapat penyertaan masyarakat setempat tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Adun Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya.

Menurut beliau, penganjuran tersebut adalah antara langkah pihaknya mengeratkan hubungam bersama penduduk setempat selain memberi pendedahan berkaitan cara ibadah.

Menerusi program seperti itu juga katanya, memupuk budaya hidup sihat dan aktif selain memperkenalkan penduduk kepada persekitaran kehidupannya yang mungkin belum diterokai.

Sebanyak 19 kumpulan menyertai acara tersebut yang memerlukan peserta mengharungi 12 'checkpoint' di lokasi berbeza di dalam Dun Kubu Gajah itu.

Program tersebut turut menyediakan hadiah menarik kepada pemenang, selain juga menerima kehadiran Ketua Penerangan Umno Bahagian Larut, Shafiq Fadhly. - HARAKAHDAILY 11/2/2019