26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

PAS Sg Air Itam masyhur dewan sendiri

Berita
Typography

NIBONG TEBAL: PAS Cawangan Sungai Air Itam Sungai Acheh melakar sejarah sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 apabila turut memasyhurkan Dewan Haji Abdul Rahman Mahyiddin.

Pengisytiharan nama dewan terbuka yang baharu siap dibina itu telah diwatikahkan pengumumannya oleh Ketua Assabiqun PAS Cawangan, Abdul Rahman Ismail, di sini semalam.

Pemilihan itu sempena nama Pengasas PAS Cawangan itu sejak tahun 1978 yang juga pesara Guru Besar dan kini masih merupakan aktivis aktif bersama Sidang Assabiqun walaupun telah berusia 84 tahun.

Abdul Rahman Mahyiddin juga merupakan mantan calon PAS Dun Sungai Acheh pada PRU 1986, malah pernah menerajui PAS Kawasan Nibong Tebal sebagai Yang DiPertua, selain juga mantan Imam Masjid Sungai Acheh.

Ketua Cawangan, Nor Zamri Latiff mengimbau sejarah bangunan Cawangan itu yang didirikan tahun 2001 atas tanah seluas satu ekar diwakafkan ahlinya, Allahyarham Pak Su Yaakob.

Ceritanya, hinggalah tahun 2012 terbinanya padang futsal diikuti Pejabat Muslimat tahun berikutnya, sebelum naik taraf dengan kelengkapan bilik air dan tandas pada tahun lalu.

Mesyuarat Agung itu turut menerima sentuhan semangat dari taujihat oleh Naib Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Rijaluddin Yahya dan disempurnakan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Dewan tersebut masih memerlukan kelengkapan seperti lampu, kipas dan sistem audio yang boleh dibuat dengan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 11-111-100315-3 atas nama PASTI Nurul Hakim Sungai Acheh.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Kewangan, Anas Mohd Zain di talian 019-441 1529 atau terus kepada Zamri selaku Pengarah Projek di nombor 018-407 4716. - HARAKAHDAILY 5/2/2019  

IMG 20190205 WA0014 

IMG 20190205 WA0016

IMG 20190205 WA0017