PAS Petra Jaya dekati kaum Cina di Tahun Baharu

Berita
Typography
PETRA  JAYA: Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Petra Jaya meneruskan tradisi menyantuni dan meraikan masyarakat Tionghua sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
 
Dipimpin Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang, delegasi PAS Kawasan ini telah mengadakan edaran kad Tahun Baharu dan risalah penerangan di sekitar Matang Jaya, kelmarin.
 
Menurut Pengerusi LPN PAS Petra Jaya, Wanee Doni, rutin tersebut merupakan aktiviti tahunan dalam usaha merapatkan hubungan PAS bersama masyarakat tersebut.
 
Selain itu ujarnya, pendekatan tersebut juga sebagai satu usaha menepis salah anggap yang tersebar dalam kalangan masyarakat tersebut terutama isu perkauman.
 
Akui beliau, sejak negara diperintah PH, isu perkauman semakin galak dimainkan oleh pimpinan politik termasuk juga netizen di media sosial terutamanya.
 
"Kami memandang serius perkara ini dan mengharap tiada yang menjadi batu api menyemarakkan sentimen kaum. Sebaliknya kita kena bijak menilai maklumat yang betul atau salah.
 
"Paling penting adalah terus mengekal dan memelihara keharmonian perpaduan kaum yang dikecapi zaman berzaman," seru beliau. - HARAKAHDAILY 4/1/2019