18
Thu, Jul
42 Artikel Baru

YADIM bukan lagi badan dakwah bebas?

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) mencadangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diletakkan di bawah Majlis Raja-raja sebagai langkah mengekalkan matlamat asal penubuhan badan terbabit.

zai cikguKetua Eksekutifnya, Mohd Zai Mustafa berkata, fungsi YADIM sebagai badan dakwah bebas dan selesa kepada semua pihak harus dikekalkan supaya yayasan itu sedaya upaya dijauhkan daripada pengaruh politik.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mengutarakan kebimbangan tadbir urus politik dalam YADIM selepas lantikan terbaru jawatankuasa tertinggi YADIM dipelopori oleh orang politik.

Katanya, pihaknya menyokong penuh ucapan Yang Dipertua YADIM Ustaz Nik Omar pada Majlis Kolokium Pendidikan Islam di Yadim Putrajaya, pada 28 Februari tahun lepas.

"Beliau mahu menjadikan YADIM tempat yang 'selesa' kepada NGO-NGO dan semua pihak untuk memacu hala tuju pendidikan Islam yang lebih perkasa dan bersedia untuk memberikan fokus dan keutamaan.

"Namun, pelantikan beberapa ahli lembaga pengarah YADIM yang mewakili kuota parti politik akan menimbulkan suasana kegelisahan dan rasa tidak selesa serta memberi gambaran bahawa YADIM bukan lagi badan dakwah bebas," katanya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 1/2/2019