Peluang miliki lot lebih murah di Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berpeluang memiliki lot kediaman pada harga yang lebih murah sehingga 50 peratus.

Sebuah syarikat hartanah bumiputera, MyHartanah.my menjual 70 peratus daripada lebih 300 lot tanah banglo dalam tempoh tidak sampai setahun.

Pengarah Urusan MyHartanah.my, Wan Mohd Syazwan Wan Sukri berkata, usaha itu memberi ruang orang ramai memiliki tanah sendiri untuk mendirikan kediaman.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas majlis Perjanjian Bagi Projek Tanah Lot Rakyat Mampu Milik di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya membeli tanah milik penduduk yang sesuai dan dipecahkan kepada lot-lot banglo.

"Ia dijual seluas 5,000 kaki persegi untuk dijual semula kepada pembeli dari harga RM19,000 hingga RM79,000 bagi setiap lot.

“Sehingga sekarang kita sudah membeli tanah seluas 24 hektar bernilai RM6 juta hampir di kesemua jajahan di Kelantan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/2/2019