21
Fri, Jun
52 Artikel Baru

Hari Murabbi Ummah sasar 100,000 pengunjung

Che Abdullah pada prapelancaran Hari Murabbi Ummah di Kota Darulnaim.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Program Hari Murabbi Ummah 2019 yang akan diadakan selama tiga hari bermula 14 Februari ini dijangka dihadiri kira-kira 100,000 penduduk tempatan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Murabbi Ummah Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, penganjuran program itu selari dasar kerajaan negeri 'Merakyatkan Membangun Bersama Islam’.

Selain itu selaras konsep Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan yang menjadi fokus kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri ingin menyemarakkan program ilmu dan dakwah dengan pembinaan syaksiah dalam masyarakat.

"Walaupun teras program terbabit melibatkan siri ceramah dan kuliah, namun kita yakin rakyat Kelantan yang cintakan ilmu akan memeriahkan program tersebut," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan prapelancaran Hari Murabbi Ummah 2019 di sini semalam.

Hari Murabbi Ummah mengundang pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara. - HARAKAHDAILY 31/1/2019