19
Fri, Apr
35 Artikel Baru

PASRelief giat bina masa depan etnik Rohingya

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) komited membangun dan memberdayakan kehidupan Muslim etnik Rohingya yang kini menjadi mustad'afin di seluruh dunia.

Usaha itu adalah untuk mempersiapkan mereka dengan segala keupayaan agar suatu masa kelak mampu kembali ke tanah air asal di Arakan (Rakhine), Myanmar menghidupkan semula tamadun dan masa depan.

Oleh itu, PASRelief tidak hanya turut serta bergandingan dengan NGO lain memberikan bantuan berupa keperluan asas kehidupan seperti kediaman sementara, bekalan air, surau dan seumpamanya.

Persiapan sedang diadakan kepada generasi etnik itu adalah kelangsungan pendidikan apabila hingga kini PASRelief telah membina dan membiayai 35 sekolah di kem-kem pelarian di seluruh Bangladesh.

Terbaharu, PASRelief menggiatkan lagi usaha berdikari etnik tersebut dengan sumbangan 10 mesin jahit bernilai RM6,000 khusus kepada balu-balu etnik Rohingya di Kem Balukali dan Kem Khutupalong di Cox's Bazar pada misi yang berakhir semalam.

Menurut Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor, aktiviti jahitan yang dijalankan membolehkan mereka menghasilkan pendapatan RM10 sehari di mana ia cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga.

Manakala untuk sekolah maklumnya, PASRelief sedang melakukan usaha menambah jumlahnya serta menaiktaraf bangunan sedia ada kepada binaan simen dengan sumbangan turut dijayakan beberapa NGO lagi.

Antaranya kata beliau adalah Yayasan Isra', Baitul Rahmah Learning Centre MAPIM Utara, Yayasan Kubra dan juga NGO Muslim daripada Republik Rakyat China.

Tambah beliau, para pelajar selain mengikuti pengajian al-Quran, mereka juga belajar akademik melibatkan matapelajaran sains, matematik dan empat bahasa iaitu Arab, Inggeris, Bangladesh dan Burma.

Maklumnya juga, pada misi terbaharu itu, PASRelief menyerahkan sumbangan semasa sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendidikan dan RM20,000 untuk keperluan pelarian baharu tiba melibatkan 137 keluarga.

Sehubungan itu beliau menyeru warga dunia khususnya rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut bersama PASRelief menjayakan usaha sedang dilaksanakan menerusi sumbangan kewangan dan barangan.

Transaksi berkenaan boleh dibuat terus ke akaun Maybank PASRelief 5640 7061 2333 atau Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 atau 013-384 5555. - HARAKAHDAILY 31/1/2019   

IMG 20190131 WA0012

IMG 20190131 WA0013

IMG 20190131 WA0014

IMG 20190131 WA0015

IMG 20190131 WA0016 

IMG 20190131 WA0017

IMG 20190131 WA0018

IMG 20190131 WA0019