18
Thu, Jul
42 Artikel Baru

Minyak masak subsidi Malaysia di negara jiran

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kelantan dikesan menjadi lokasi 'transit' aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi ke selatan Thailand.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil pemantauan anggota penguatkuasa mendapati lambakan minyak peket itu di negara jiran.

Beliau bagaimanapun berkata minyak peket tersebut bukan dari negeri Kelantan.

Menurutnya, perkara tersebut turut dikesan beliau sendiri ketika lawatan kerjanya di kawasan sempadan Kelantan, semalam.

“Perkara tersebut perlu dibanteras segera kerana ia akan merugikan negara. Bagaimana boleh berlaku minyak masak subsidi yang dikeluarkan kerajaan untuk rakyat, diseludup ke negara jiran.

“Kita dapat mengesan minyak peket tersebut begitu mudah diperoleh di selatan Thailand,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Youngpreneurs Go! di sini semalam.

Program itu dianjurkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Politeknik Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 29/1/2019