26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

Bowling jalinkan PAS - Umno Tasek Gelugor

Berita
Typography
KULIM: PAS Kawasan dan Umno Bahagian Tasek Gelugor telah menjalin kemesraan bersama antara dua parti itu menerusi penganjuran pertandingan bowling persahabatan.
 
Simbolik perasmian disempurnakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff pada pertandingan yang dilangsungkan di Bowling Arena, Giant, di sini semalam.
 
Kedua pasukan tersebut diketuai Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man dan Ketua Umno Tasik Gelugor, Yusof Md Noor bersama anak buah masing-masing.
 
Seramai 24 pemain mengambil penyertaan yang diformatkan menerusi regu gandingan berpasangan dari kedua parti tersebut bertujuan untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan.
 
Majlis penuh muhibbah itu turut diserikan dengan rakaman kenang-kenangan menerusi sesi bergambar dan penyampaian cenderahati serta hadiah kemenangan.
 
Turut serta adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Zahadi Mohd, manakala kaum hawa masing-masing dipimpin Ketua Muslimat PAS Tasek Gelugor, Tuan Bidah Syed Muhammad dan Adun Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman. - HARAKAHDAILY 28/1/2019