18
Thu, Jul
42 Artikel Baru

JAM anjur kursus tingkat tadbir urus

Berita
Typography

PASIR PUTIH: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah melaksanakan Kursus Pegawai Tadbir dan Setiausaha yang melibatkan para Pegawai Tadbir dan Pegawai Kewangan Negeri-negeri di Raja Dagang Resort, di sini kelmarin.

Kursus diterajui oleh Ketua Pegawai Tadbir JAM, Khairil Anuar Ismail itu melibatkan penyertaan 40 anggota bertujuan memenuhi Prosedur Operasi Standard (S.O.P) serta pemahaman pentadbiran jabatan tersebut.

Kursus selama dua hari tersebut telah dikendalikan sepenuhnya dengan mendedahkan para peserta kepada modul pengurusan pertadbiran, pengoperasian laman web dan pengurusan kewangan.

Siri-siri lanjutan kursus juga akan dilaksanakan dan diwajibkan penyertaan kepada anggota yang berkenaan bagi memastikan penyelarasan gerak kerja JAM berlaku di semua peringkat.

Ketua Pengarah JAM, Leftenan Jeneral (Amal) Mohd Nazri Mohd Aris, dalam ucapan perasmiannya menegaskan peranan besar anggota Amal amat besar dalam usaha menarik minat remaja kepada PAS. - HARAKAHDAILY 27/1/2019

IMG 20190127 WA0045 

IMG 20190127 WA0046