Sultan Pahang dipilih Agong ke-16

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari ini.

Bernama melaporkan pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara, hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.