15
Tue, Oct
13 Artikel Baru

Saman K'tan: Pusat silap buat perkiraan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan pusat dianggap tersilap membuat perkiraan apabila memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan berhubung isu Orang Asli.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakub turut menyifatkan tindakan saman itu hanya membuka ‘pekung di dada’ kerajaan Persekutuan sendiri.

Ini kerana, katanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mempunyai peranan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

"Sepatutnya mereka (Jakoa) menjadi 'pengasuh’ untuk menguruskan kebajikan dan menyediakan infrastruktur.

"Kita hanya menyediakan tanah pertanian, kawasan rayau, tapak rumah dan sebagainya,” ujarnya selepas merasmikan Pelancaran Free Wifi di di Medan Ilmu hari ini.

Pada Jumaat lepas kerajaan Persekutuan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Kelantan kerana mendakwa menceroboh tanah Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor Gua Musang.

Peguam Negara Tommy Thomas dilapor berkata saman itu dibuat kerana negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli, walaupun tanah dan perhutanan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ustaz Ahmad berkata nasib Orang Asli turut dibela Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Kelantan. - HARAKAHDAILY 21/1/2019