19
Wed, Jun
26 Artikel Baru

Pusat saman Kelantan bermotif politik

Berita
Typography

KOTA BHARU: Pengamal undang-undang menganggap tindakan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) menyamankan Kelantan berkaitan isu Orang Asli tersembunyi mesej politik.

Nik Bahrum b Nik AbdullahPengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, mengapa secara tiba-tiba dibuat ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sekarang.

“Kita beranggapan tindakan saman tersebut bermesej politik kerana dibuat bagi melengkapkan agenda PH ketika kempen PRK Cameron Highlands,” katanya di sini.

Jumaat lepas Peguam Negara Tommy Thomas dilapor berkata kerajaan Persekutuan menyaman kerajaan Kelantan bagi menuntut mendapat pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

Nik Bahrum juga berkata, Jadual 9 Senarai II perlembagaan menjelaskan tanah adalah hak kerajaan negeri.

“Kes ini juga menarik kerana akan melibatkan isu lokus kerajaan Malaysia untuk mewakili Orang Asli, isu perlembagaan serta berkait pula dengan jabatan-jabatan yang terlibat seperti JAKOA dan Jabatan Perhutanan,” katanya. - HARAKAHDAILY 21/1/2019