26
Sun, May
16 Artikel Baru

Kerajaan Kelantan menjunjung tahniah

Ustaz Abdul Halim Derani mengimamkan solat hajat di bangunan baharu SUK.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berharap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mewarisi sifat ‘berjiwa rakyat’ seperti ayahanda baginda.

Katanya, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar terkenal sebagai seorang sultan berjiwa rakyat.

“Ayahanda baginda juga prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Jadi kita berharap baginda juga sedemikian,” ujarnya ketika ditemui selepas solat hajat di bangunan baharu Blok 8 di Kota Darulnaim hari ini.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI menggantikan ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pemasyhuran penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar diumumkan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Sehubungan itu Ustaz Ahmad mewakili kerajaan dan rakyat Kelantan menjunjung tahniah di atas pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang VI. - HARAKAHDAILY 15/1/2019