19
Thu, Sep
46 Artikel Baru

Kelantan masih tunggu bayaran royalti

MB Kelantan dan Terengganu temui Perdana Menteri.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih menunggu bayaran royalti seperti dijanjikan kerajaan pusat kata Menteri Besar.

Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, jumlah bayaran itu yang akan diberi bergantung kepada kerajaan pusat.

Menurutnya kerajaan negeri hanya menuntut royalti mengikut perjanjian sebelum ini iaitu sebanyak lima peratus daripada jumlah pengeluaran.

“Kita sekadar ingat mengingati tentang bayaran royalti itu,” katanya sebagai merujuk pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam.

Hadir sama pada pertemuan itu Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pada Oktober lepas kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan royalti dibayar.

Beliau ketika ditemui selepas majlis solat hajat di bangunan baharu Kompleks Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 15/1/2019