22
Wed, May
34 Artikel Baru

P Pinang, Perlis dapat sumber air Kedah

Berita
Typography

ALOR SETAR: Mungkin tidak ramai mengetahui rakyat di Pulau Pinang dan Perlis juga mendapat sumber bekalan air dari Kedah.

Sumber air tersebut daripada tadahan air di Ulu Muda berkeluasan 103,103 hektar yang terletak di kawasan hutan simpan Kedah.

Pesuruhjaya Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, berdasar sumbangan besar itu tidak sepatutnya rakyat Kedah dibebani dengan kenaikan kadar tarif air.

"Adakah kerajaan Pakatan Harapan Kedah akan mengikut pendirian kerajaan Pulau Pinang yang dijangka menaikkan tarif air sehingga 20 peratus. “Sedangkan masalah bekalan air di Kedah juga tidak selesai sejak dahulu sehingga sekarang," katanya di sini.

Baru-baru ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar dilapor berkata, tarif air akan dinaikkan secara berperingkat berikutan penstrukturan industri bekalan air di negara ini. - HARAKAHDAILY 14/1/2019