Belum ada mekanisma harga lantai getah

Berita
Typography

SIK: Biarpun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan harga lantai getah sekerap RM2.50 sekilogram bermula bulan ini namun belum ada sebarang mekanisma mengenainya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, jika harga lantai itu merupakan harga kilang mungkin penoreh tidak mendapat harga RM2.50 sekg di ladang.

Kata beliau kebiasaannya kos ditanggung pembeli getah di ladang antara 20 hingga 30 sen sekilo kerana perlu mengambil kira kos mengangkut, susut berat dan upah pekerja.

“Jadi penoreh hanya akan menerima RM2.20 sekilo iaitu harga biasa diperolehi tanpa penetapan harga lantai sekali pun.

"Persoalannya bagaimana perbezaan antara harga pasaran dan lantai akan ditentukan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 11/1/2019